Friday, April 10, 2009

Semua orang berguna

Pagi tadi, sembang-sembang dengan kawan. Dia menerangkan bagaimana semua orang tu dikatakan berguna. Mungkin apa dia cakap tu diperkatakan dalam sastera Melayu tapi tak habis. Lebih kurang begini:

orang buta -tugas yang sesuai ---> tiup tepung
orang pekak - tugas yang sesuai ---> bakar meriam

??? Setuju?

tu sais je t'aime

Wednesday, December 17, 2008

Pantun lagi...

Pergi memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Aku ada cakap ari tu kat seorang rakan:-

kalau bermain, biar betul-betul (sungguh-sungguh)
kalau belajar, jangan main-main.

tu je kali ni

tu sais je t'aime

Wednesday, November 19, 2008

Pantun

Mmm... lama tak gatai tangan. Ari ni tangan baru gatai. Duduk sembang-sembang dengan kawan sambil minum. Sorang kawan pun beri pantun, sedap jgak dengar:

Bunyi dia macam ni :

Pagi pagi motong getah
satu pokok dua tempurung
macam mana hati tak susah
satu sangkar dua burung

he...he...he... gelak juga aku dengar.

Dulu aku ada dengar juga pantun 2 kerat dari sorang rakan sekursus

gini:

Pantun asal : Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

diubah jadi gini : kais pagi makan maggi, kais petang bayar hutang.

???

tu sais je t'aime

Friday, August 15, 2008

Hanya selangkah realisasi impian memburu RM 1,000,000.00

HANYA satu lagi kemenangan memisahkan Lee Chong Wei daripada pingat Sukan Olimpik Beijing



Kita dengar apa kata Chong Wei ---

“Saya tak sangka dapat menang semudah ini. Tumpuan saya hanya untuk memulangkan segala pukulannya kerana saya tahu dia gemar mengasak.
“Memang saya sedikit gugup pada set pertama tapi selepas itu, saya mula yakin dan dapat bermain mengikut strategi yang diatur,” katanya

"Saya tak sangka dapat menang semudah ini. Awalnya saya sedikit gugup tetapi kemudian berjaya bermain mengikut strategi yang diatur," katanya.

“Dua-dua lawan itu adalah sama kuat. Jadi, tak guna saya fikirkan semua itu kerana lebih baik saya mempersiapkan diri sendiri menghadapi perlawanan itu,” katanya berkenaan lawannya nanti iaitu Lee Hyun-il dari Korea Selatan atau Bao Chunlai dari Cina.

Semuga Chong Wei mencapai impiannya, Insya Allah.

Untuk itu, kita tujukan lagu ini buatnya --- We Are The Champion
Tu sais je t'aime.

Wednesday, July 2, 2008

Menuntut ilmu

Em...ari ni aku nakcite sikit pasal belajar atau menuntut ilmu (bukan ilmu hitam).

Untuk berjaya kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan. Nilai suka mencari ilmu adalah satu nilai yang terpuji. Lihat generasi terdahulu daripada kita, mengukir madah indah pasal menuntut ilmu ni.

Tengok bawah ni be...

Kalau hendak tahu luasnya padang, tanya lah belalang
Kalau hendak tahu banyaknya teluk, tanyalah siput
Kalau hendak tahu luasnya kolam tanyalah katak
Kalau hendak tahu dalamnya laut, tanyalah yu
Menghendap (bukan anak dara) biar dalam gelap, menjahit biar dalam terang
Belajar menyelam biar dalam air, belajar menjerat biar dalam hutan
Latihan yang diberi disini, sambung di tempat lain
Tempat kerja adalah sebaik-baik guru

Lain aku tak tau, kalau nak tau banyak lah makan takua atau nak senang tanya Nabil , he.....

Tu sais je t'aime

Thursday, June 5, 2008

Perhatian buat umat Islam

Agenda jahat Yahudi musnahkan Islam
Oleh Farah Wahida Md Razid

UMAT Islam negara ini dinasihatkan agar berhati-hati ketika melayari laman web bagi mencari jawapan sesuatu perkara mengenai agama terbabit kerana kini semakin banyak kemudahan dunia maya ini disalahgunakan oleh Barat dalam usaha merealisasikan rancangan jahat mereka.
Laman web yang diusahakan kalangan orang Yahudi dalam melaksanakan agenda membunuh Islam di seluruh dunia kini semakin berleluasa dan berlindung di sebalik memberi kemudahan dalam mencari jawapan untuk beberapa permasalahan umat sejagat..
Antara laman web yang dibangunkan dengan niat memburukkan Islam termasuk maklumat berhubung hadis dan al-Quran serta tersebar kini secar meluas ialah www.answering-islam.org, www.aboutislam.com, www.thequran.com dan www.allahassurance.com.
Al-Quran terbaru, The True Furqan yang diterbitkan dua syarikat percetakan milik Amerika, Omega 2001 dan Wine Press serta disebarkan di Kuwait, dikesan majalah al-Furqan sebagai mengetengahkan sejumlah ayat syaitan dengan memutarbelitkan surah sebenar dalam kitab suci agama Islam itu.
Tidak ketinggalan, kegiatan jahat Yahudi turut dikesan melalui pengedaran The 21st Century Quran setebal 366 halaman dalam versi bahasa Arab dan Inggeris, kepada kanak-kanak di beberapa sekolah persendirian Inggeris di Kuwait.
Kitab baru ini yang mengandungi 77 surah seperti al-Fatihah, al-Jana dan al-Injil, tidak dimulai dengan Bismillah tetapi ayat panjang merangkumi tiga kepercayaan rohaniah Kristian yang dilakukan dengan niat mengelirukan umat Islam apalagi di kalangan mualaf.
Selain menentang banyak ajaran Islam seperti mempunyai isteri lebih daripada seorang dianggap sebagai berzina dan perceraian tidak dibenarkan dalam Islam manakala jihad pula ditakrifkan sebagai haram dengan beberapa bahagian menghina Allah SWT secara langsung.

Monday, April 28, 2008

Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan

Ilmuwan Islam syor guna Saat Makkah ganti GMT



Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi

MAKKAH: Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa 'Greenwich Meridian Time' atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.
Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk 'Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.'
Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara.
Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.
Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.
Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi.
"Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat ? perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat," katanya.
Persidangan itu turut menilai semula apa yang digambarkan sebagai jam Makkah ? Saat Makkah ? ciptaan seorang penduduk Islam Perancis, Yasin a-Shouk.
Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam dan sepatutnya membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.
Persidangan di Qatar adalah sebahagian aliran popular di kalangan masyarakat Islam yang mahu mengumpul bukti bahawa sains moden menggunakan asas bukti daripada al-Quran.
Amalan itu digelar 'Ijaz al-Quran', yang secara kasar diterjemahkan sebagai 'mukjizat al-Quran.'
Kepercayaan yang digariskan ialah kebenaran saintifik juga didedahkan dalam al-Quran, dan sudah menjadi tugas sarjana Islam untuk mendalaminya dan memperkenalkan buktinya.
Isteri Yasin yang menjadi penyelia sidang, berkata: "Negara Barat memaksa kita menggunakan garis Greenwich yang tidak dapat dilihat sebagai rujukan masa dunia."
Beliau berharap, negara Islam dapat menyertai projek menggunakan waktu Makkah bagi memperkuat keyakinan bahawa Tanah Suci itu adalah pusat bumi, bukan secara teori tetapi praktikal.
Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu. ?
Ihsan: IINA

Tu sais je t'aime