Monday, February 26, 2007

Baca...Jangan tak baca...

cuba baca betul-betul. .. dan carilah rahsia alam!!!

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
15. Hampir semua pembaca email ini akan cuba untuk menjilat sikunya SEBENTAR TADI....he.. he..he... .betul kan...??jgn tipu..ek....
Secara JUJUR,BETUL KAN??????
16.dan satu lagi semua pembaca email ni jugak mesti tengok keyboard (papan kekunci) untuk pastikan perkara 14 betul (TYPEWRITER) sebenarnya :TYPE-WRITER- POWER-TOP- PORT-PRY- WET-TRY-WRITE- WIT-IT-OR- PRO-POW-TO- QUOTE-QUIT- PIT-ROUTE- TYPER-TROOPER- TRIP-PURR- dan lagi,lagi.lagi.

Cite ni aku dapat dalam emel aku. Dari seorang Ustad yang kadang-kadang keluau kat TV. Nama dia Ustad Sapawi.

Tuesday, February 20, 2007

Pasal warna

Saja aku nak test kau orang ni. Bukan susah sangat. Kadang-kadang bagus jugak
kalau kite test kepala hotak kite ni. Cekap ke tidak, pantas ke tidak. Jadi ari ni biok
kita tengok otak sapa cekap. Cuba hang tengok gambar kat bawah ni. Pas tu hang kira
brapa banyak titik hitam yang ada. Pas tu hang baghi tau aku. Skarang hang tengok gambaknya
dan kigha berapa banyak titik itam ada...


Ha... dapat kigha tak? Padan muka aku.

Pasal budak baik, orang tua cantik

Asalamu 'alaikum dan salam sejahtera

Ari ni kau nak cite pasal 2 perkara:-

Nombol 1. Budak baik.

Kate orang tue-tue, budak baik ni susah nak jumpa. Budak-budak, baik pulak tu, kate kan. Ada je hal yang dibuatnya. Kat rumah, lain perangai; kat sekolah lain perangai;
Memang lah perangai budak macam tu. Kadang-kadang tu
sampai kita jad tak sabau. Rasa nak ape tu....eeeee
geramnya. Tapi tu le perangai budak. Sabau je le...


Nombol 2. Orang tua cantik.

Ini pun susah juge nak jumpa. Dah tua katakan...mekap
tebal juga tapi tak cantik. Tapi perasan cantik tu banyaklah. Pasal apa susah nak jumpa orang tua cantik.
Sebab dah tua, agaknya.

Senarnya banyak lagi perkara-perkara yang susah
nak jumpa sekarang ni. Kalau siapa tahu ada lagi, sila tinggalkan kat Comments.

Friday, February 16, 2007

Pasal seronok

Aku nak sambung cite sikit pasal buat keje yang 'seronok'

No 5. 'Alibaba'kan projek.

Lesen niaga ada. Mohon projek kerajaan. Dapat lak tu. Pas tu 'alibaba'kan projek tu. Orang lain buat kerja.Dia makan kamsen. Sikit jadilah asal goyang kaki, ke hulu ke hilir ukur jalan. Cakap besau pulak tu. Temberang sana, temberang sini, hujung bulan pegi bank, cucuk, kamsen pun keluar. Mashuukkkkk.........
Ah... relak... senang nye cari duit.

No 6. Masuk bakul angkat sendiri

Ini pun syuk juga. Tak 'mashuuuuk' pun tapi dia seronok.Puji diri sendiri.Dia buat tu, dia buat ni, orang lain tak tahu. Orang lain macam Pak Pandir.

Ada lagi ke yang kau orang tau.

Banyak perkara yang menyeronokkan...

Assalamu alaikum

Ah...pagi ni nak cite sikit pasal 'seronok'. Ye...kan. Mulakan pagi kite ngan rasa 'seronok', InsyaAllah sepanjang ari kita gumbira. Apa yang boleh buat orang seronok ye?
Kalau ade lagi, tinggalkan kat Comments. Nanti semua kite kat Internet leh baca...

Haa..cuba kita tengok senarai dibawah.

No 1. Makan 'free'.

Ho...ini paling seronok, sementelah kite dah 2 ari tak makan. Maklum lah duduk kat asrama, atau duduk rumah bujang. Belum tengah bulan dah pokai. Kerje pulak 'kais pagi makan maggi, kais petang bayar HUTANG. Tiba-tiba kawan sms : aku kat benteng (tempat makan orang bujang selalunya) jom makan. Aku belanja. Kite terus stat moto kapcai. Rempit sikit terus ke benteng.

No 2. Tak perlu bayar hutang.

Hutang kite memang keliling pinggang. Hutang moto, hutang tipon, hutang prepaid, hutang sewa rumah hutang itu, hutang ini dan macam-macam lagi. Tiba-tiba semua orang yang kite hutang tu beritahu kite TAK PAYAH BAYAR BALIK, puuuhhh.... seronoknya kite.. Atau pun peniaga-peniaga yang pinjam dari MARA. Bila mereka dengar pengmuman MARA : Makluman untuk semua peminjam-peminjam wang dari MARA, pihak MARA dengan rela hati memaklumkan semua hutang-hutang dengan MARA tidak perlu dibayar. Puuuuuuuuhhhhhhh.... Orang kecik, orang besar, student, orang korporat dan yang sewaktu dengannya, MELONCAT kau kate dek gembira tak perlu bayar hutang.

No 3. Pukul orang tak melawan.

Huuuuu....seronoknya. Orang sepak, terajang, tumbuk, henyak, hentak dan lain-lain lagi, tapi lawannya tak nak melawan atau tak dapat melawana .

No 4. Mengumpat dan mengata orang.

Huuuhh...pet pot, pot pet, pet pot, pot pet, pet pot, pot pet dari pagi sampai petang, dari subuh sampai maghrib, tak de keje lain. Baik lelaki, baik pompuan...

Yang lain-lain tu macam aku cakap tadi, tinggalkan kat Comments. Kite kongsi bace same-same..

Jumpa lagi...