Wednesday, March 28, 2007

Pasai ngaji lagi...

Assalaamu 'alaikum

Ari ni den nak cite pasai ngaji lagi. Tengok bawah baik-baik ye..

Surah Al- Baqarah




Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang


(Allah lebih Maha Mengetahui akan maksudnya )


i) Zalika = itu
ii) al-kitãbu = Kitab
iii) = tiada
iv) raiba = keraguan
v) fìhi = fi + hi = didalam + nya = didalamnya
vi) hudan = satu petunjuk
vii) lilmuttaqìna = li + almuttaqìna = bagi + org² takwa = bagi org² takwa


i) al-lazìna = iaitu segala yang
ii) yu’minùna = mereka beriman
iii) bilghaibi = bi + al-ghaibi = dengan + yg ghaib = dengan yg ghaib
iv) wa yuqìmùna = wa + yuqìmùna = dan + mereka mendirikan = dan mereka mendirikan
v) as-solãta = solat/akan solat
vi) wamimmã = wa + mimmã = dan + drp apa yg = dan drp apa yg
vii) rozaqnã hum = rozaqnã + hum = telah diberi rezeki oleh Kami + akan mereka = telah diberi rezeki oleh Kami akan mereka/telah kami beri rezeki mereka
viii) yuñfiqùna = mereka belanjakan


i) Wallazìna = wa + al-lazìna = dan + segala yg = dan segala yang
ii) yu’minùna = mereka beriman
iii) bimã = bi + mã = dgn + apa yang = dgn apa yang
iv) uñzila = telah diturunkan ia
v) ilaika = ila(i) + ka = kepada + engkau = kepada engkau
vi) wamã = wa + mã = dan + apa yang
vii) uñzila = telah diturunkan ia
viii) miñqoblika = min + qoblu + ka = drp + sebelum + engkau/mu = drp sebelum engkau
ix) wabil ãkhirati = wa + bi + al-ãkhirati = dan +dgn + akhirat = dan dgn akhirat
x) hum = mereka
xi) yùqinùna = mereka yakin



i) ulã`ika = mereka itu/org² itu
ii) ‘alã hudan = ‘alã + hudan = atas + petunjuk = atas petunjuk
iii) mirrabbihim = min + rabbi + him = daripada + Tuhan + mereka = drp Tuhan mereka
iv) wa ulã`ika = wa + ulã`ika = dan + mereka itu/org² itu = dan mereka itu
v) humu = mereka(lah)
vi) al-muflihùna = org² yg beroleh kemenangan/keuntungan

Ok, den raso ni sajolah yang den tulih kali ni.
Jumpo lagi...

Tuesday, March 27, 2007

Barang-barang hampeh...

Engko kalu dah lama guna komputer, agaknya banyak barang-barang komputer yang dah jadi hampeh. Maksud aku - tak digunakan lagi. Atau zaman skarang ni oraang barang 'recycle'. Jadi ade sorang kawan aku ni, dia ada emel kat aku apa boleh buat dengan barang hampeh tu. Tengok bawah...





















Jadi kalu hangpa ada apa-apa nak bagi tau kat aku. Emel atau letak kat Comments

ok...

Monday, March 26, 2007

Akademia Fantasi Cinque

Aku minat jugak kat rancangan ni nuuhhh...... sekarang ni, aku tengok penyanyi pompuan kemungkinan besaq akan jadi juara. Sudah Round 2 ni aku pilih...ni
hak dia niii...









Hangpa pilih sapa ? Jom kita undi !





Juara Akademi Fantasia 5 ialah seorang gadis manis?

Ya

Tidak

No Komen



pollcode.com free polls

Ok..
Kadang-kadang aku setuju jugak kata orang. Dia orang ghoyak pompuan susahnak menang AF. Sebab yang ramai tengok AF ni, pompuan remaja. Jadi tau-tau lah Pompuan remaja ni undi remaja pria @ teruna. Jadi, kalau ikut sistem Nujum Pak Belalang digunakanpakai, nampak je sekarang ni Donald Duck akan menang. Walau bagaimanapun kita 'wait and c".

Kalau Afundi, jangan lupa undi kat sini jugak.

Wednesday, March 21, 2007

Pasal budak baik.

Dalam 'post' awal ambo dulu ambo ada 'ghoyak' pasai 'budak baik'. Brapa minggu lepas, kalau ambo tak silap dalam Harian Metro ambo baca berita ni.


Hang tengok kat bawah:

Deraan ala Abu Ghraib
Oleh Nasharuddin Muhammad / nash@hmetro.com.my

Pelatih dipaksa kumur air najis: Bapa sebak lihat anak didera ala Penjara Abu Ghraib oleh senior kolej tentera .

ALOR STAR: Seorang pelatih tahun dua Diploma Kejuruteraan Aeronautik, Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas di sini, dikatakan mengalami trauma teruk selepas menjadi mangsa dera ala Penjara Abu Ghraib oleh sekumpulan pelatih senior.

Apa dia orang buat kat budak tu. Hah... dia orang pukoi, sepak, pijak dan belasah dengan kayu penyapu serta but.
Tak cukup tu..., tu tak cukup terror... dia orang..., dia orang tambah dengan ramuan seperti:
- dipaksa meminum air kencing,
- menyapu kepala dan muka dengan air kencing
- selain berkumur dengan air bercampur najis,

Tak puas dengan tu, dia orang:
- didakwa memijak kepala mangsa ketika - dia dipaksa melakukan tekan tubi
- selain dipaksa memasukkan kepalanya ke dalam longkang.

Dah sama lah tu dengan Deraan ala Abu Ghraib

Betoi tak aku cakap. Tang sekarang ni memang susah dapat budak baik. Dia orang khoje kan budak tu cukup-cukup. Dulu kita melalak cakap orang zalim, rupanya depan pintu ghumah kita pon ada. Apa lah nak jadi...

Betoi SM Salim cakap : Apa nak jadi..., apa nak jadi...

Sila 'nikmati' gambar dibawah.




Apa ambo harap kita semua jangan buat koje bodoh lagi tak guna ni. Akibat tolak ansur dengan ragging yang ringan, ragging semakin jadi 'berat'...Dah lah kite ni Melayu , Islam pulak tu... perangai macam @8&-+-=...

Tuesday, March 20, 2007

Apa lebihnya mata Cina dan Jepun.

Ni ambo tulis ni bukan pasai perkauman. Tapi sukak-sukak saja.

Cuba hangpa baca tulisan kat bawah. Dia bahas om puith.



Kalu tak dapat baca, jumpa hangpa pegang kat 2 2 hujung mata hangpa kiri kanan. Pas tu tarik pelan-pelan jadi macam mata Cina atau sepetkan mata anda jadi macam samurai.

Hah, Dapat baca ?
Hangpa baghi tau aku kat Comments nuuuhhh...

Monday, March 19, 2007

Pasal video gempa.

Ari tu aku ada ghoyak pasai nak tunjuk kat hangpa video lepas gempa kat Padang, Indonesia. Masa tu, macam aku kata dulu, kawan aku, Yuhanis dan beberapa orang lagi ada kat sana. Tapi video-cam dia orang ada problem. Jadi tangkap video guna tipon. Jadi kau orang boleh tengok video tu kat cini.

Saturday, March 17, 2007

Pelajar baru.

Aku ni tak pandai le sangat. Tapi ade le juga orang nak belajau dengan aku. Pagi tadi aku ade ajau seorang anak kawan aku. Nama dia Hafifi Hafidz. Aku beritau dia macam mane nak buat laman web. Pas tu ada le bincang sikit pasai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Internet cam Internet banking, bisnes kat Internet dan beberapa perkara lagi. Nampaknya dia memang berminat. Aku pun juga jadi minat kalu orang minat belajau. Tak kisah lah nak belajau apa asal berguna. Aku harap dia dapat paham apa yang aku beritau dia. Kalu sape-sape nak belajau buat laman web boleh emel aku kat alamat ni (putraputri@tanahmelaka.net). Senang je...

ok..

Friday, March 16, 2007

Gempa...lari...........mau lari mana ?

Sat ni aku nak cite cikit pasai gempa kat Padang, Indonesia tempoh hari. Hangpa tau aku kat Melaka ni rasa juga dia punya goyang. Aku dok tingkat 6, tiba-tiba kerusi aku goyang. Aku ingat aku goyang. tapi aku tak goyang. Pas tu ok. Aku pun ok. Pas tu goyang balik aku tak kisah juga. Tapi aku ternampak air dalam botol sebelah aku. Air tu punya goyang aku pun naik kecut, apa lagi, aku angkat kaki cabut - turun kat bawah. Tapi masa tu jalan naik tangga. 'Steady' jugak macam tak apa-apa. Itu sebelah pagi.

Sebelah petang -aku dalam bilik komputer (server). Kali ni dia punya goyang lagi kuat dari yang pagi tu. Masa nilah aku terus cabut dan naik lif takut-takut kalau guna tangga lambat. Tapi itu lah kesilapan aku. Sepatutnya aku gunakan tangga bukan naik lif.Alhamdulillah, semua selamat. Jadi aku nasihat hangpa semua, kalu berlaku dimana-mana macam ni hangpa turun guna tangga. JANGAN GUNAKAN LIF SEMASA KECEMASAN.
Ok maghi kita tengok gambak dan video gempa kat padang tu. Kawan aku Yuhanis, masa tu ada kat sana. Tapi tak sempat rakam semua.Kita tengok samak-samak.





Pasai video sat dulu. Nanti aku bagi tau hang kemudian, ok.

Tu sais je t'aime

Makan gaji naik gaji...

Aaa.... ari ni aku nak cite pasai naik gaji. Skarang ni hiruk pikuk macam tongkang nak pecah cita pasai kakitangan kerajaan nuuhh...pasai nak naik gaji. Itu baru nak naik. Kalau dah naik cite nya lagi bagai nak rak. Aku kesian juga kat dia orang tu. Macam aku jugak. Aku dengak cita sbab depa ramai-ramai yang kurang lebih 1 000 000 tu orang, dah lama tak naik gaji. Harga barang doookkk... naik. Mana bleh tahan. Jadi kerajaan pun setuju lah nak naik kan gaji dia orang ni. Kalau tak banyak, sikit pun jadi lah. Tak dapat bunuh gajah, dapat bunuh nyamuk pun jadi lah. i...ye..
Ni nak cite cikit pasal harga barang naik. Walupun benda aku nak cite ni dah lama lepas - puluhan tahun - tapi dek ayat pembicara tu yang terlampau 'contrast' dan menarik, terpahat lah dalam kelapa ehh...kepala hotak aku niii.
Cite nya gini...Setelah lama pembicara ni pom pang pom pang blah blah blah sampai lah ke akhir penutup kalamnya. Katanya
" Tuan-tuan dan pompuan-pompuan semua, ari ni semua barang naik---minyak naik, bawang naik, beras naik, gula naik, kopi naik, susu naik...(senyap kejap suspen) hujan saje yang turun".

Gitu lah citenya. Jeling-jeling le gambar bawah ni.



Itu je takat ni...c u

Thursday, March 15, 2007

Pasal binatang 2 ekok..

Aku tau ramai orang suka bela binatang pliharaan cam kucing, burung, ikan danl ain-lain. Tapi aku nasihat hangapa kurangkan buat semua koje ni. Elok kalu hangpa pliara beruang. Itu pun kalu hangpa berani. Pliara beruang ni kita dapat banyak wang. Hangpa kalau pliara badak, dia punya makan saja buat hangpa papa. Kalu hangpa pliara gajah, jawabnya nanti hangpa papa kedana, kalau hangpa pliara haghimau, memang hangpa nak mampuiiih.
Hangpa juga jangan pliara kuda. Sebeb ? Nanti jadi macam Hj Bakil bin Lebai Kedekut. Sebab ? Hangpa dengaq bunyi kuda jalan -kedekut kedekut kedekut.

Sebenonya aku nak suruh hangpa tengok gambar kat bawah ni. Hangpa tunggu sat 30 saeken.
Bila dia dongak kepala dia jadi lain.



Kalau hangpa adaq gambaq macam ni, emel kat aku nuuh!

Tu sais je t'aime

Wednesday, March 14, 2007

Deal or No Deal

Ari ni aku nak cite cikit pasai satu program kat nTV7. Siangnya sebelum tu aku ada baca cikit pasai ringkasan program tu kat akhbar theSun. Tajuk program tu Deal or No Deal. Program ni dalam bahasa Cina. Tapi aku baca sarikatanya, paham le cikit.
Ceghita dia gini:
Beberapa orang peserta kena jawab dua soalan. Siapa betoi dulu, dia masukpusingan ke 2. Jadi, semalam, ada sorang tu namanya Han Chong, kalau tak silap aku lah.Jadi dia dulu dapat jawab 2 soalan tu.
Dalam pusingan ke 2 ni ada 26 jelitawan dengan bag berisi jumlah wang daripadaRM 0.01 hingga RM 100,ooo.oo. Jadi dia kena pilih dulu bag yang mana ada berisijumlah wang RM 100,000 tu. jadi dia pilih bag nombol 2.
Setelah dia pilih, bag-bag yang lain tu dia akan buka satu persatu, jikanasib baik, bag yang dibuka akan berisi jumlah yang kecil, kalau nasib kurang baik,terbuka lah angka besaq. 1 per 1 dia buka, kite yang tengok nipun seram sejuk dibuatnya. Walaupun kita ni tak terlibat, tapi suasanapemilihan bag tu, buat kiat berdebar-debar.
Penutup cerita, dapat lah si Han Chong tu RM 1200.00 saje. Sebab pemilihanterakhir tinggal 3 yang jumlah maximanya RM 4000.00. Yang lainnya taksampai beberapa ratus ringgit je.jadi dia pun jual bag tu. Setelah bag tu dibukarupanya bag yang dipilihnya tu mengandungi RM 4000.00. Boleh lahdibuat keputusan yang perniagaanya rugi malam tu.
Moral ceritanya -
1) sememangnya sukar orang hendak bertahan pada prinsipnya yangdirasanya betul. Tetapi bila diajukan bukti-bukti sebenar, dia mula goyah. Diatidak dapat bertahan. Tambahan pula tekanan diberikan dengan bukti-bukti yangjelas.
2) kebijaksanaan. walaupun bertahan dengan prinsip, tetapi kalau keadaan mulamenyerlahkan ketidak kuatan prinsip tu, elok lah berubah, kalau takmenampakkan kebodohan kita.
Cuba lah nonton cite tu. Mungkin pandangan hangpa berbeda dengan pandangan aku.

Selamat nonton !juga.

Tu sais je t'aime

Tuesday, March 13, 2007

KAHWIN ! KAHWIN ! KAHWIN !

Ari ni aku nak cite cikit pasai kawin, pasai cuti sekolah ni orang cakap musim orang kawin. Aii...seronoknya kau ni aku tengok. Memang la...sapa tak suka kawin. Orang muda, orang tua, teruna, dara, janda, duda dan apa-apa lagi memang suka kawin. Hangpa tengok lirik-lirik lagu
pasai kawin ni.

ooo mama saya mau kawin...
kawin dengan sapa...
hai dengan sapa saja...


Hang pa tengok. Kawin punya pasai dia tak kigha sapa...janji KAAAWIIN..em...

Lagi...

Ayah ku kawin lagi
dengan sidara jelita
...
...
anak ayah tak terjaga...
rumah tangga porak peranda...
ayah kawin lagi...

Ibu sudah dahulu pergi
kini ayah kawin lagi...

Ini pasai ayah kawin lagi.

Lagi...

Rumah tepi sawah pakai
pula langsir biru
...
...
alah emak kawin kan aku...

dan macam-macam lagi.

Tapi kalau hangpa dah 'gatai' sangat nak kawin. Ada anggaran kosnya lah secara kasar.
Jeling-jeling sikit kat bawah ni...



Kalau hangpa nak tau cikit-cikit pasai adat resam orang melayu kawin klik cini

Kalau 'line clear' jalaannn.....Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, March 6, 2007

Pasal ngaji...

Ari ni putar-putar kat alam siber sampi kat kampung bicaramuslim.com. Aku tak tau sape uruskan laman web tu tapi jumpa plak satu yang berguna - terjemahan Quran secara harfiah. bagus juga. Jadi, pada adik-adik yang tak berapa paham makne patihah tu silalah rujuk kat bawah ni:-


) bismi = bi + ismi = dengan + nama = dengan nama

ii) Allãhi = Allah
iii) ar-rahmãni = Maha Pemurah
iv) ar-rahìmi = Maha Penyayang



i) Alhamdu = segala puji
ii) lillahi = li +llahi = bagi Allah
iii) rabbi = Tuhan iv) al-‘ãlamìna = semesta alam



i) Arrahmãni = Maha Pemurah
ii) Ar-rahìmi = Maha Penyayang



i) Mãliki = yang memiliki
ii) yaumi = hari
iii) ad-dìni = pembalasan



i) Iyyaka = Iyya + ka = hanya/akan + engkau = akan engkau
ii) na’budu = na + a’budu = kami sembah
iii) wa iyyaka = wa + iyya + ka = dan + hanya/akan + engkau = akan engkau iv) nasta ‘ìnu = na + asta ‘ìnu = kami + minta pertolongan = kami minta pertolongan



i) ihdina = ihdi + na = tunjukki + kami = tunjukki kami
ii) as-sirãta = jalan
iii) al-mustaqìma = lurus/benar



i) Sirãta = (iaitu)jalan
ii) al-lazìna = segala yang /org² yang
iii) an ‘amta = an ‘am + ta = telah diberi nikmat oleh + Engkau = telah Engkau beri nikmat
iv) ‘alaihim = atas mereka
v) ghairi = bukan
vi) al-maghdhùbi = org² yg dimurkai
vii) ‘alaihim = atas mereka
viii) walad-dhãllìn = wa + la + ad-dhãllìna = dan + tidak + org² yg sesat = dan tidak org² yg sesat.

Semuga Allah membalas kebaikan orang yang buat terjemahan tu.
Ikut kat laman web tu ade beberapa ayat surah Al-baqarah di terjemahkannya ikut stail ni. jadi nanti aku cuba papar kat sini. Hang pa tunggu sat. Tapi belajau le yang ni dulu.

Monday, March 5, 2007

Pasal niaga...

Ari ni aku nak cita pada hangpa pasai 1 orang kawan aku ni. Dia ni Cina. Hangpa pun tau, orang Cina memang budaya dia suka niaga. jadi banyaklah orang Cina meniaga. Semuanya untung. Hang pa tau pasai apa Cina meniaga untung. Haa...ada orang kata pasai dia punya muzik atau gendang bunyi Untong...,Untong...,Untong...,Untong,...Ada orang kata pulak India pun meniaga untung tapi kadang-kadang. Sebab dia punya muzik atau gendang bunyi kadang-kadang untung..., kadang-kadang untung..., kadang-kadang untung... Orang Melayu pulak banyak 'lingkup' bila meniaga, sebab apa? Kata orang muzik atau gendang nya (dondang sayang)- tak, tak untung tak, tak untung. jadi meniaga pun tak untung.

Sebenarnya aku ni gurau je. Ni bukan pasal perkauman, tapi cite ni memang popular dikalangan rakyat Malaysia. Juga nanti aku cite pasal orang Malaysia beli kereta dan macam-macam lagi. Walaupun hangpa tau pasai ramai orang Cina niaga untung, tapi kawan aku ade beri tau pasal sorang Cina ni. Dia ni meniaga tapi tak untung-untung. Mula-mula aku tak caye jugak. mana bloeh Cina meniaga tak untung. Tapi setelah tengok gambar dibawah, baruuuu..lah aku caye. Kau tak caye ??? Tengok gambar bawah:

Hah..camne?

Friday, March 2, 2007

Lampu trafik...

Ari ni aku nak cite pasai lampu trafik. Kat Malaysia, neghore kite, ni , pasai maut sebab cident, banyak sangat. jadi kite nak tengok, kite jenis pemandu ape. Aku nak cite pasal jenis pemandu. jadi tengok lampuk trafik dibawah ni:

Jenis pemandu no 1:
Dia ni sedang belajar memandu. Bila dia memandu, pompuan ke jantan ke, tegak je. Tak leh tengok kiri kanan. Tak leh berborak dengan dia apalagi nak guna tipon. Nampak je lampu kuning dah mula tekan berek nak berhenti. Kadang-kadang orang jadi susah jugak.

Jenis pemandu no 2:
Baru dapat lesen. Puuuhhh...punya ikut undang-undang...lebih daripada polis trafik sendiri.
Sopan santun dan lain-lainnya.

Jenis pemandu no 3:
Lepas 1 tahun ke 5 tahun dapat lesen, ini mula kejar lampu kuning. Dia ni pantang nampak lampu kuning. Terus tekan minyak ---vrooommmm sambil hon ---pon..pon..teeeennnnn... dia kasi 'warning' sama kenderaan lain jangan jalan dulu sebab dia nak lalu.

Jenis pemandu no 4:
Ha la ni pemandu lebeh 10 tahun. Kite kategorikan sebagai pemandu profesional. Memotong sedang mendaki bukit, memotong di jalan line berkembar, memotong diselekoh dan bermacam-macam dulu yang dia tak buat semasa baru dapat lesen dulu. Dia ni bukan kejar lampu kuning, tapi kejar lampu merah...kadang-kadang orang terpaksa mengelak atau mengalah.

Jadi hang pa dok tang mana? Tang 1 kah, 2 kah atau yang lain-lain tu atau lebih terok lagi ?

Aku, tentu lah tang no 2

Gimane pun kalau kau nak naik kenderaan (bagi orang Islam), baca doa naik kenderaan dibawah:



13. Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -
14. "Dan Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, Kami akan kembali!"
Az-Zukhruf.

Bagi orang bukan Islam - berhati-hati lah dijalan raya.