Friday, March 2, 2007

Lampu trafik...

Ari ni aku nak cite pasai lampu trafik. Kat Malaysia, neghore kite, ni , pasai maut sebab cident, banyak sangat. jadi kite nak tengok, kite jenis pemandu ape. Aku nak cite pasal jenis pemandu. jadi tengok lampuk trafik dibawah ni:

Jenis pemandu no 1:
Dia ni sedang belajar memandu. Bila dia memandu, pompuan ke jantan ke, tegak je. Tak leh tengok kiri kanan. Tak leh berborak dengan dia apalagi nak guna tipon. Nampak je lampu kuning dah mula tekan berek nak berhenti. Kadang-kadang orang jadi susah jugak.

Jenis pemandu no 2:
Baru dapat lesen. Puuuhhh...punya ikut undang-undang...lebih daripada polis trafik sendiri.
Sopan santun dan lain-lainnya.

Jenis pemandu no 3:
Lepas 1 tahun ke 5 tahun dapat lesen, ini mula kejar lampu kuning. Dia ni pantang nampak lampu kuning. Terus tekan minyak ---vrooommmm sambil hon ---pon..pon..teeeennnnn... dia kasi 'warning' sama kenderaan lain jangan jalan dulu sebab dia nak lalu.

Jenis pemandu no 4:
Ha la ni pemandu lebeh 10 tahun. Kite kategorikan sebagai pemandu profesional. Memotong sedang mendaki bukit, memotong di jalan line berkembar, memotong diselekoh dan bermacam-macam dulu yang dia tak buat semasa baru dapat lesen dulu. Dia ni bukan kejar lampu kuning, tapi kejar lampu merah...kadang-kadang orang terpaksa mengelak atau mengalah.

Jadi hang pa dok tang mana? Tang 1 kah, 2 kah atau yang lain-lain tu atau lebih terok lagi ?

Aku, tentu lah tang no 2

Gimane pun kalau kau nak naik kenderaan (bagi orang Islam), baca doa naik kenderaan dibawah:



13. Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -
14. "Dan Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, Kami akan kembali!"
Az-Zukhruf.

Bagi orang bukan Islam - berhati-hati lah dijalan raya.

No comments: