Wednesday, March 21, 2007

Pasal budak baik.

Dalam 'post' awal ambo dulu ambo ada 'ghoyak' pasai 'budak baik'. Brapa minggu lepas, kalau ambo tak silap dalam Harian Metro ambo baca berita ni.


Hang tengok kat bawah:

Deraan ala Abu Ghraib
Oleh Nasharuddin Muhammad / nash@hmetro.com.my

Pelatih dipaksa kumur air najis: Bapa sebak lihat anak didera ala Penjara Abu Ghraib oleh senior kolej tentera .

ALOR STAR: Seorang pelatih tahun dua Diploma Kejuruteraan Aeronautik, Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas di sini, dikatakan mengalami trauma teruk selepas menjadi mangsa dera ala Penjara Abu Ghraib oleh sekumpulan pelatih senior.

Apa dia orang buat kat budak tu. Hah... dia orang pukoi, sepak, pijak dan belasah dengan kayu penyapu serta but.
Tak cukup tu..., tu tak cukup terror... dia orang..., dia orang tambah dengan ramuan seperti:
- dipaksa meminum air kencing,
- menyapu kepala dan muka dengan air kencing
- selain berkumur dengan air bercampur najis,

Tak puas dengan tu, dia orang:
- didakwa memijak kepala mangsa ketika - dia dipaksa melakukan tekan tubi
- selain dipaksa memasukkan kepalanya ke dalam longkang.

Dah sama lah tu dengan Deraan ala Abu Ghraib

Betoi tak aku cakap. Tang sekarang ni memang susah dapat budak baik. Dia orang khoje kan budak tu cukup-cukup. Dulu kita melalak cakap orang zalim, rupanya depan pintu ghumah kita pon ada. Apa lah nak jadi...

Betoi SM Salim cakap : Apa nak jadi..., apa nak jadi...

Sila 'nikmati' gambar dibawah.




Apa ambo harap kita semua jangan buat koje bodoh lagi tak guna ni. Akibat tolak ansur dengan ragging yang ringan, ragging semakin jadi 'berat'...Dah lah kite ni Melayu , Islam pulak tu... perangai macam @8&-+-=...

No comments: